Wednesday, October 24, 2012

Tuesday, July 17, 2012



Sakit sangat bila kita tak boleh nak kawal perasaan.
Sakit sangat bila tak boleh nak sujud dengan sempurna.
Sakit sangat bila iman dirasa semakin hari semakin berkurang.
Sakit sangat bila minda diserang dengan something 'unwanted'.
Sakit sangat bila hati diserang, tapi iman tak cukup kuat untuk menjadi benteng...

........

Rasulullah saw. bersabda, “Sesiapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa billah, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit, yang paling ringan adalah kebimbangan”. (HR Tabrani) 

ya Allah..bantulah kami.. kami umat yg lemah disisiMU..
credit to : hanan umairah.. =)

Sunday, April 22, 2012


♥♥ 15 SEBAB ALLAH TURUNKAN BALA! ♥♥

DARIPADA Saidina Ali bin Abi Thalib ra Rasulullah bersabda:

�Apabila umatku membuat 15 perkara, maka bala pasti akan

turun kepada mereka iaitu:

1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang tertentu.

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.

3. Zakat dijadikan hutang.

4. Suami memperuntukkan kehendak isteri.

5. Anak derhaka terhadap ibunya.

6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.

7. Aanak suka menjauhkan diri daripada ayahnya.

8. Suara ditinggikan di dalam masjid.

9. Orang menjadi ketua bagi satu kaum adalah orang yang

terhina di antara mereka.

10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.

12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).

13. Artis disanjung-sanjung.

14. Muzik banyak dimainkan.

15. Generasi akhir umat melaknat (menyalahkan) generasi

pertama (sahabat).

...Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan diubah menjadi makhluk lain...

"..Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri. Oleh itu, kembali kepada yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat.."


* PERINGATAN : Mudah-mudahan kita dijauhi dari 15 golongan ini..

Saturday, April 21, 2012


Apabila seorang hamba Allah jatuh sakit, Allah

 akan utuskan 4 malaikat :



1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA

2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA

3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN WAJAH ( pucat )

4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA


Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sihat, Allah

 akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga supaya memberi

 balik apa yang telah diambil oleh mereka. Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat 

Keempat memberi balik dosa hambaNya tersebut.


Subhanallah, betapa Mulia dan Baik Hati nya Allah terhadap kita. Janganlah bersangka 

buruk terhadap Allah ketika sakit, bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atasNya.

 Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa

asistant admin : jangan kita merungut sangat ye kalau sakit..tp kita harusnya mengaminkan sakit kita itu.. =) 

Friday, April 20, 2012

Assalamualaikum ...

Perkongsian kita untuk hari ini.. (-;

AIR TANGAN ORANG YANG TAK SOLAT

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as.

Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), “kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.”

Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.

Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak ‘ kan ?

Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik



sumber : ustaz don danial.. (=


xsusah pon nk solat..nak ngn xnak je pon..hehehehe..jom sama2 kita tunaikn solat..mudah kan?? ~__^

Thursday, April 19, 2012




BISMILLAH (بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ) adalah sebutan/nama singkat daripada lafaz 'BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM' yang bermaksud 'Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani'. Namun begitu, maksud lafaz BISMILLAH adalah terlalu luas dan mendalam, sehinggakan maksudnya tidak terhurai dengan seluruh air laut yang ada di muka bumi Allah ini. Masha Allah!
Sumber Rujukan: Mukjizat di sebalik lafaz BISMILLAH 


KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH



  1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.
  2. "BISMILLAH untukmu dan rumahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam". (Hadith Qudsi)
  3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.
  4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan terhadap orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan terhadap sesuatu melainkan Allah memberi keberkatan ke-atasnya.
  5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.
  6. Jumlah huruf dalam BISMILLAH ialah 19 huruf, dan terdapat 19 malaikat yang menjadi penjaga neraka.
  7. (QS. AL Muddatsir: 30) Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan daripada 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari".
  8. Tiap-tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) sehingga setiap huruf berkata, "Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya".
  9. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH, nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua-dua orang tuanya.
  10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH, maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.
  11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpeliharalah daripada gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.
  12. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuklah ketakutan dalam hati si zalim, serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.


Masha Allah, sungguh besar kelebihan membaca lafaz BISMILLAH. Sama-samalah kita amalkan setiap hari. Insha Allah. والله أعلم بالصواب..